Wednesday, December 9, 2009

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini

Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas,justeru itu,kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya.

Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.

Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.

Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita telah menguasai dua benda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.


Pakar IT,pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.

1 comment:

  1. kawan.. kita crita pasal multimedia.. bukan ICT.. by the way.. good effort!

    ReplyDelete